SK-GDTS_Logo
User Image Admin 03/07/2023 10:21 AM
Pengenalan MyRTKnet

MyRTKnet merupakan satu sistem prasarana yang dibentuk oleh jaringan stesen-stesen rujukan GPS dan Pusat Kawalan yang diselenggara oleh JUPEM, juga sistem telekomunikasi bagi membekalkan data-data GPS yang diperlukan, terutamanya untuk menghasilkan maklumat kedudukan di lapangan dalam masa hakiki. Jaringan ini terdiri daripada 27 stesen kekal GPS yang berjarak di antara 30 hingga 150 km (kecuali bagi Sabah dan Sarawak yang berjarak lebih kurang 1500 km). Stesen-stesen ini dibina khusus untuk mengutip data GPS secara berterusan yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawalan di Seksyen Geodesi, JUPEM melalui talian telekomunikasi jalur lebar.

67 Lihat - 0 Komen